BAPA KESAL NAJWA LATIF DERHAKA


5 Dis – Setelah setahun menahan perasaan kesal dengan sikap anak-anak, bapa kepada penyanyi bintang sensasi YouTube, Abdul Latif, 51, akhirnya membuka mulut kerana mahu anaknya kembali ke pangkal jalan dan memohon maaf kepadanya sebelum dia menutup mata.
"Saya tidak teringin langsung hendak tumpang populariti, atau mahukan duit mereka. Saya sendiri ada pendapatan yang kukuh. Apa yang saya inginkan ialah anak-anak datang berjumpa dengan serta memohon maaf sebelum saya menutup mata," katanya kepada Berita Harian.
"Cukup-cukuplah menjadi anak derhaka! Saya mengaku saya seorang yang garang, tetapi demi Allah, tidaklah sehingga naik tangan. Kecuali jika tindakan mereka benar-benar mencabar kesabaran saya, barulah saya berbuat demikian."




Menurut Latif, hubungan mereka mula dingin pada 2011 selepas dia menegur sikap anak-anaknya itu kerana masalah disiplin.
Tambahnya, Najwa semakin lalai sejak berada di puncak popularitinya dan apabila tegurannya sedikit kasar, Najwa dikatakan berang dan enggan mengaku Latif sebagai bapa.
"Paling saya terkilan apabila anak langsung tidak menziarah atau bertanya khabar ketika saya hendak pergi menunaikan haji pada 20 November tahun lalu. Saya ingatkan, apabila kembali ke tanah air pada 5 Disember 2011, mereka akan menunggu saya. Luluh hati saya apabila tiada seorang pun daripada mereka menunjukkan muka," ujar Latif yang berharap anak-anaknya cepat sedar sebelum dirinya pergi buat selama-lamanya.
Sementara itu, Najwa Latif yang diminta mengulas berhubung perkara tersebut enggan memberi sebarang komen.
"Saya tak mahu beri sebarang komen kerana perkara ini melibatkan keluarga. Banyak hati perlu saya jaga. Jadi lebih baik saya diam," ujarnya.
Katanya, dia tidak mahu memperbesarkan-besarkan hal ini kerana ia melibatkan maruah keluarga, dan kemelut yang dihadapi mereka tidaklah sampai membuatkannya bertindak untuk tidak mengakui Latif sebagai bapanya.

Sumber

Noted,
No Comment,
Yang Baik Datangnya Dari Allah, Dan Yang Buruk Datangnya Dari Diri Kita Sendiri,
Renung-Renungkan Dan Selamat Beramal,

Reactions: