Jul 30, 2014

Gempar!!! Bolehke Ber'selfie' Di Tanah Perkuburan?

Trend ber'selfie' sudah agak keterlaluan. Sampaikan ada yang ber�selfie� di atas kubur & pijak kubur. Nak share pic pun tak lalu. Elok dipijak je budak yang berselfie di tanah perkuburan itu.


Menziarahi kubur itu jangan dijadikan sebagai satu pesta pada setiap hari raya. Perlu ziarah pada bila-bila masa. Tujuan ke sana agar mengingatkan satu hari nanti kita pun akan dikuburkn juga. Ziarah kubur juga membuat kita insaf bahawa mati itu benar dan bila-bila saja Allah akan menjemput kita. Semoga kita bertambah mendekatkan diri dengan Allah dan bukan suka suki nak berselfie tanpa menghormati orang yang di dalam kubur itu. Nauzubillah.

Sepatutnya ke kubur untuk ingat mati:


Rasulullahshallallahu �alaihi wa sallam bersabda,


?????? ???????????? ???? ????????? ?????????? ????? ???????????? ????????? ??????? ?????????? ?????????? ?????????? ??????????? ??????????? ????? ????????? ???????


�Dahulu aku melarang kalian untuk berziarah kubur, sekarang berziarahlah karena ziarah dapat melembutkan hati, membuat air mata menetes, dan mengingatkan akhirat. Dan janganlah kalian mengucapkan al hujr

HR. Al Hakim (1/376), dinilai hasan oleh Syaikh Al Albani dalam Ahkaamul Janaa-izhal. 229

Moral:

Usah terlalu ghairah ber�selfie�, dikhuatiri anda bakal mendedahkan keaiban diri anda untuk tatapan seluruh manusia.

Via-MMH

Jul 25, 2014

Punca Kereta Audi Milik Fizo Omar dan Mawar Kemalangan...

Seorang pembaca bernama �Mel� yang telah mengirim beberapa keping foto sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.



Menurut Mel, kereta berwarna biru jenis Audi itu milik pelakon popular Fizo Omar dan isterinya Mawar remuk teruk akibat kemalangan jalan raya di Kuala Krai, Kelantan, semalam (Khamis).


Kata Mel lagi, sungguhpun Fizo ada membuat kenyataan di laman peribadi tentang kemalangan tersebut, namun ada pengikut di laman sosial memberitahu kenderaan jenis Audi itu dipandu laju dan dalam keadaan berbahaya.

Menerusi komen yang dimuat naik peminat tersebut, dia mendakwa melihat kenderaan tersebut dipandu laju dan memotong secara merbahaya.

Sementara Fizo pula pula laman Twitternya mengesahkan bahawa dia dan isterinya tidak menaiki kenderaan tersebut dan telah selamat tiba di Kota Bharu. 

Sebaliknya penumpang kereta tersebut adalah pembantu peribadi, kakak serta ibunya sahaja yang berada di dalam kenderaan tersebut dan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat.


Via-astroGempak

Pedoman!!! Jenazah Dibelit Ular.... Apakah dosa-dosanya ???


Ya Allah , apakah dosa si mati sehingga diberi pembalasan sedemikian rupa ? Sungguh sedih melihat nasibnya si mati apabila sang ular sudah bersedia untuk melakukan tugasnya sebelum lagi ditanamkan . Namun , itulah habuan untuk mereka yang tidak mengikuti perintah Allah . Allahurabbi , Mari kita tengok gambar tersebut.


Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, si mati tersebut suka melewat lewatkan solatnya.

Sedikit bacaan bukan sekadar renungan , tapi harus diambil tindakan :


Tiga jenis siksa di dalam kubur yaitu:

1. Kuburnya akan berhimpit-himpit serapat mungkin sehingga meremukkan tulang-tulang dada.

2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.

3.Akan muncul seekor ular yang bernama �Sujaul Aqra� Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: �Aku disuruh oleh Allah memukulmu sebab meninggalkan sholat dari Subuh hingga Dhuhur, kemudian dari Dhuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isya� hingga Subuh�. Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dibenturkan hingga terjungkal ke perut bumi karena meninggalkan Sholat Dhuhur. Kemudian dipukul lagi karena meninggalkan Sholat Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isya� hingga ke waktu Subuh lagi. Demikianlah seterusnya siksaan oleh�Sajaul Aqra� hingga hari Qiamat.

�orang yang meninggalkan sholat, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama �Suja�ul Akra�, yang matanya memancarkan api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat�.

P/s :Makluman semua gambar itu sebenarnya hanyalah sebahagian dari babak lakonan dari drama Tanah Kubur siri 45 yang dilakonkan oleh Nasir Bilal Khan melalui ASTRO OASIS. Semoga timbul rasa gerun dan takut pada azab Allah SWT atas dosa yang telah kita lakukan. Ayuh kembali kepadaNYA. Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah.

** SHARE JIKA BERMANFAAT**

Perdana Menteri Ukraine Umum Letak Jawatan

Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk meletak jawatan, malam tadi, selepas kerajaan gabungannya runtuh sekali gus menjadikan negara itu terus bergelut dengan ketidaktentuan politik.

Pengumuman mengejut itu menambah kekalutan negara berkenaan ketika wilayah timurnya kini bergolak selepas dikuasai pemberontak dan pakar antarabangsa pula menjalankan siasatan berhubung nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh minggu lalu.



Mengumumkan pengundurannya, Yatsenyuk berkata, beliau mengambil tindakan itu berhubung isu 'pembubaran gabungan di Parlimen dan sekatan terhadap inisiatif kerajaan'.

Sebelum itu beberapa parti meninggalkan gabungan yang membentuk kerajaan Ukraine.

Perkembangan itu membuka jalan kepada Presiden Petro Poroshenko untuk mengadakan pilihan raya awal dalam tempoh 30 hari.

Walaupun gencatan senjata diumum kerajaan dan pemberontak di lokasi pesawat MH17 terhempas berkuatkuasa serta-merta, pengeboman terus berlanjutan di kawasan berhampiran, termasuk di Donetsk yang terletak hanya 60 kilometer dari tempat kejadian.

Tentera Ukraine melaporkan empat anggota mereka terbunuh dalam tempoh 24 jam dalam gerakan menguasai semula kawasan perindustrian di timur negara itu daripada penguasaan pemberontak pro-Rusia.

Via-SH

10 Bahasa Tamil Yang Tidak Semua Rakyat Malaysia Faham



1. Dei � Perkataan kepada seseorang yang melakukan atau mengatakan sesuatu yang bodoh, bangang atau mengarut.

e.g. � Lee berlari menuju ke tandas untuk menunaikan hajat, tapi malangnya dia tersalah masuk tandas wanita.

Respon aku: �DEH!!

2. Poda & Pode � Poda bermaksud, Blah kau lelaki dan Pode bermaksud , blah kau perempuan.

e.g. � Aku tak mahu jumpa kau lagi. PODA atau PODE!

3. Elek � Elek digunakan untuk mengatakan �tidak tahu�.

e.g. � hey bro, ada nampak iphone aku?

Respond aku: �Elek�

4. Sapade � Digunakan untuk kata ganti makan.

e.g. � Anneeeee, order sapade sini !

5. Anne/Anna � Ini adalah perkataan tamil bagi �Bro�.

e.g. � Annnee, teh tarik satu!

6. Kunji � Perkataan bermaksud �batang� dalam bahasa tmail.

e.g. � Kecil doe kunji ko.

7. Thani � Bermaksud air dalam bahasa tamil. Tapi di malaysia Malaysia, kita gunakan untuk alcohol.

e.g. � Eh bro, malam ni thani ah?

8. Pundek � Perkataan kegemaran rakyat malaysia yang bermaksud �alat sulit wanita�.

e.g. � pundek kau, aku pakai baju pun ko tangkap gambar ke!!

9. Thangachi � Perkataan sopan bagi adik perempuan. Tapi di malaysia, kita selalu gunakan untuk kawan lelaki dan permepuan.

e.g. � Hey thangachi, apa buat!

10. Macha � bermaksud brother-in-law (wifes brother). selalunya digunakan untuk memangil kawan.

e.g. � Macha, nak ikut pergi makan malam ni?

Via-TheVocket

5 Gambar Anak Pertama Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya


Alhamdulillah...baru-baru ini kita baru sahaja mendengar yang mana Awal baru sahaja menjadi papa. hehe. Isterinya yang juga merupakan artis tempatan Scha Al-yahya selamat melahirkan baby yang sangat comel. Jom lihat gambar-gambarnya dibawah :





P/s : Wah bestnya ada babykan...penulis bila lagi la nie...

Via-Gambar MyArtis

Gempar!!! ASTRO Ada Kaitan Dengan Zionis Israel ???

Pada ketika umat Islam seluruh dunia sedang sakit hati dengan Zionis Israel, sebuah kelompok manusia yang merampas dan melakukan kekejaman serta penindasan ke atas masyarakat yang serba-serbi kekurangan...


ASTRO yang dimiliki oleh Ananda Krishnan dan merupakan pemonopoli siaran televisyen kabel yang mengenakan bayaran sesuka hati, mengambil sikap MENENTANG KERAJAAN MALAYSIA, umat Islam di negara ini dan perjuangan rakyat Palestin.

ASTRO yang bersikap seperti maharaja di negara ini telah memutuskan untuk menyalurkan kewangan, bantuan serta dana kepada Zionis untuk terus membunuh rakyat Palestin menerusi perlantikan AMDOCS sebagai 'Subscriber Management System' syarikat media tersebut.

Selama ini, tiada sesiapa pun hatta Menteri Penerangan pun yang dapat menegur ASTRO.

ASTRO tidak pernah terikat atau patuh kepada sesiapa pun, termasuklah kepada SKMM yang semakin nyenyak tidur dan hidup bergelumang dengan timbunan wang yang merupakan UFTI syarikat-syarikat telekomunikasi kepada SKMM.

Selama ni, ASTRO telah menerima pelbagai bentuk kecaman terutama perkhidmatannya yang sangat uzur pada waktu hujan.

ASTRO kemudiannya menaikkan yuran dan pelanggan perlu membayar harga lebih kononnya sebagai penanggung kos perkhidmatan yang telah dipertingkatkan.

Bagaimanapun, perkhidmatan ASTRO tetap di takuk lama. Program-program yang disiarkan adalah program-program lapuk yang diulang-ulang siar berpuluh-puluh kali. Yang dipertingkatkan hanyalah bayaran bil oleh pelanggan.

Sekarang, pendedahan telah dibuat oleh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki membabitkan kerjasama ASTRO dengan Zionis Israel.



P/s : Masih nak pakai Astro lagi? Tepuk dada tanya selera... 

Pengesahan Amdocs adalah Syarikat milik Israel sila lihat di SINI.


Via - Addindeen

Azizul Hasni Membanggakan Rakyat Malaysia!!!





Tahniah Azizulhasni Awang ! Kami semua berbangga dengan tindakan anda...


Pelumba basikal Malaysia berhadapan dengan tindakan tata-tertib hanya kerana kepedulian dan protesnya terhadap serangan rejim penjajah Zionis ke atas wilayah Gaza yang terkepung sehingga mengakibatkan lebih 800 orang terkurban dan lebih 4000 orang tercedera.

Berita mengenai tindakan berani dan tegas beliau tersebar di media antarabangsa termasuk di 'negara haram Israel', UK, Australia dan lain-lain.

Tahniah Azizulhasni !

Baca :

1- Akhbar Israel - Haaretz :


2- Akhbar UK - Guardian


3- Australia

Jul 23, 2014

Scha Al-Yahya Selamat Melahirkan Bayi Perempuan



Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Awal Ashaari melalui laman sosial Instagram miliknya. Tahniah buat pelakon dan pengacara popular Awal Ashaari yang telah bergelar bapa apabila isterinya yang juga seorang pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya selamat melahirkan bayi perempuan semalam.

"Assalamualaikum. Semalam, 22 Julai 2014 bersamaan 24 Ramadhan, kami telah menyambut kelahiran bayi perempuan seberat 3.17kg at 1750H. Baby & her mother are in a good shape. Alhamdulillah dan terima kasih diatas doa semua. #schawal #babyschawal #love" - Awal Ashaari

Tahniah buat Awal dan Scha. Semoga anak dididik dengan ajaran agama yang sempurna dan jadi anak yang soleh. Bayi perempuan seberat 3.17kg dilahirkan secara normal di Prince Court Medical Centre Kuala Lumpur pada jam 5.50petang semalam.

Suspek Rogol Beramai-Ramai DiBuru Polis

Selepas identiti lima individu berusia antara 18 dan 25 tahun disiarkan, polis kini mendedahkan pula gambar individu sama yang dicari bagi membantu siasatan kes rogol beramai-ramai dalam kejadian di rumah kosong di Ketereh, 20 Mei lalu. 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, kelima-lima yang dikenal pasti identiti mereka itu kesemuanya tinggal di kawasan sama berlakunya kejadian rogol beramai-ramai tersebut. 


�Mereka yang dicari ialah, pertama: Mohd Fadhil Manaf atau Fadhil berusia 25 tahun dan beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh; kedua: Che Muhammad Farhan Isyrif Che Mat atau Yusri berusia 18 tahun dan tinggal di Taman Binjai Manis, Ketereh serta Muhammaddun Hassan atau Mado berusia 20 tahun juga beralamat di Kampung Hutan Pasir, Ketereh. 

�Sementara yang ketiga: Mohamad Faiz Azahan, 22, dari Jalan Serendah Taman Binjai Manis, Ketereh dan Muhammad Safwan Ab Rajab atau Safwan, 25, yang tinggal di Taman Sri Wangi Hutan Pasir Ketereh dan yang belum dikenal pasti seorang lagi yang dipanggil Udin,� katanya. 

Menurutnya, sehingga kini 15 tangkapan sudah dibuat dan lima daripada mereka telah mendapat persetujuan Ketua Unit Pendakwaan untuk dituduh di mahkamah. 

�Kami masih belum memberhentikan usaha mengesan lebihan suspek-suspek yang belum ditahan dan usaha menjejaki mereka masih giat dijalankan,� katanya. 

Pada 11 Jun 2014, empat termasuk dua remaja bawah umur di hadapkan ke mahkamah sesyen dan majistret, di sini, atas tuduhan merogol dua remaja perempuan berusia 15 dan 17 tahun pada kejadian sama. 

Pada 9 Julai 14, seorang remaja berusia 18 tahun menjadi individu kelima dan mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol mangsa sama yang berusia 17 tahun. 

Akhbar sebelum ini melaporkan dua remaja perempuan berkenaan dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki dalam kejadian di sebuah rumah kosong di Ketereh. 

Polis dalam satu kenyataan media selepas itu berkata hanya 21 suspek terbabit dalam kejadian berbanding 38 yang dilaporkan sebelumnya.

P/s : Semoga cepat bertaubat dan kembali kepada Allah itu yang sebaiknya.Wallahualam

Via-Sinar

Tembakan ke Atas #MH17 Mungkin Suatu Kesilapan - Pegawai Risikan US


Tembakan ke atas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 mungkin hanyalah suatu kesilapan oleh puak pemisah pro-Rusia yang kurang terlatih.

Demikian menurut pegawai risikan Amerika Syarikat (AS) yang turut menyatakan bahawa penglibatan Rusia dalam nahas terbabit hanyalah sebuah propaganda.

Seorang perisik senior berkata, bukti- bukti yang dikumpul jelas menunjukkan MH17 telah ditembak jatuh dengan menggunakan peluru berpandu dari permukaan bumi ke udara jenis SA-11, namun tidak pasti siapa yang menembaknya dan kenapa.


�Penjelasan yang paling munasabah... bahawa ia adalah satu kesilapan," katanya kepada AFP yang turut berkata bahawa ia dilancarkan oleh seseorang yang kurang terlatih untuk mengendalikan sejenis sistem yang memerlukan skil serta latihan.

Beliau turut mengambil contoh beberapa insiden pesawat yang telah ditembak jatuh dalam beberapa tahun kebelakangan ini oleh Rusia dan Amerika Syarikat.

Satelit AS dan beberapa perisik �teknikal� mengesahkan pesawat yang membawa 298 orang itu telah ditembak oleh peluru berpandu SA-11 dari permukaan bumi ke udara dari satu kawasan yang dikawan oleh pemberontak pro-Rusia.

�Ia adalah jelas bahawa peluru itu ditembak dari timur Ukraine di bawah bantuan Rusia,� tambah pegawai terbabit lagi.

�Dua perkara yang kita tidak tahu ialah siapa yang menembaknya. Kita tiada nama, pangkat mahupun kerakyatan serta kenapa dia menembak pesawa itu.� ujarnya.

Sesiapa yang memembak peluru itu bergantung kepada radar tunggal yang merupakan sebahagian daripada bateri peluru terbabit dan bukan dari sebuah rangkaian yang lebih besar yang mampu memberikan gambaran lebih jelas mengenai lalu lintas di udara, katanya.

Via-Awani

Pakatan Rakyat Selar Rusia Dalang Nahas #MH17

Ketua pembangkang itu mendakwa pesawat MH17 ditembak oleh kumpulan pemisah Pro Rusia di Ukraine yang mendapat bantuan senjata canggih dari Rusia.

"Kita akan menggesa kerajaan supaya lebih tegas terutamanya dalam menghadapi puak pemisah di Ukraine yang mempunyai bantuan senjata di Rusia.




Dikala Kerajaan Malaysia masih keberatan untuk menyalahkan mana-mana pihak yang bertanggungjawab menyerang pesawat MH17, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menyelar Rusia mendalangi nahas pesawat MH17 terhempas di sempadan Ukraine - Rusia.

"Kita faham senjata yang digunakan sangat canggih & peluru berpandu tersebut tentunya dengan bantuan Rusia," kata Anwar di sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya malam tadi. - Media Pro Pembangkang

Via-MyMediaHUB

Isteri Nabil Ahmad Raja Lawak Bakal Timang Anak Kedua ?

Dalam temubual bersama Roti Kaya Nabil Ahmad menjawab khabar yang mengatakan isterinya Nazirah Ayub kini sudah hamil anak kedua pasangan ini.




Nabil Ahmad seperti kebanyakkan artis lain mengambil pendekatan untuk mengurangkan aktiviti seni hiburan sepanjang bulan Ramadhan namun menurut beliau kali ini merupakan yang pertama untuk beliau dalam masa tujuh tahun banyak menghabiskan masa bersama keluarga.



P/s : Alhamdulillah bakal bertambah anak adam lepasnie... Tahniah kalau Nabil dapat anak lagi. Admin ni bile la nak kahwen.hehe

Via-RotiKaya

Jul 22, 2014

Gempar!!! Kemalangan Dan Kebakaran Di Tol KESAS




Sebuah lori yang penuh dengan muatan tanah terbakar selepas merempuh tembok penghadang di Plaza Tol Sunway (arah barat) di Lebuhraya Kesas.

Kejadian dalam jam 4 petang tadi melibatkan dua buah kenderaan termasuk sebuah kenderaan MPV yang berada di laluan sama turut terbakar selepas berlanggar dengan lori terbabit.



Bagaimanapun, pemandu lori dipercayai telah melarikan diri selepas kemalangan itu.

Menurut sumber tidak rasmi, 10 orang maut termasuk 2 orang penjaga tol dan 2 orang bayi.


Namun perkara itu telah dinafikan oleh KESAS. Tiada kemalangan jiwa yang berlaku.

Via - My Media Hub

Hospital Swasta Tak Berhati Perut, Biar Tiga Beranak Terlantar Tepi Jalan



Seorang lelaki yang dikenali sebagai Thomas Loh meluahkan rasa kesalnya terhadap sebuah hospital swasta yang memilih kasih dalam menerima pesakit. Thomas Loh berkata, satu kemalangan motosikal telah berlaku di Jalan Pedada, Sibu. Kemalangan itu membabitkan tiga beranak , kata Loh lagi menerusi laman Facebook Sarawak Update. 

Dalam kejadian itu, dia pergi ke sebuah hospital swasta yang terdekat untuk memaklumkan kejadian. Malangnya, jururawat yang bertugas menolak pesakit-pesakit terbabit dengan alasan, takut jika tiada siapa yang nak bayar bil ketiga-tiga mangsa.




Jururawat tersebut juga berkata, jika kes seperti itu, hospital kerajaanlah yang patut bertanggungjawab. 

Dalam laporan itu, Thomas mengecam perbuatan hospital swasta terbabit kerana mementingkan wang daripada keselamatan pesakit.

Via-SK

Jul 21, 2014

Gempar!!! Simbol Yahudi Sebagai Hiasan Di Megamal Pacific, Penang???


Di musim perayaan ini, rata-rata pasaraya di Malaysia mula untuk menghiasi ruang legar pasaraya mereka dengan hiasan sempena sambutan Aidil Fitri buat semua yang beragama Islam di negara ini. Lain pula ceritanya di Megamal Pacific, Perai Penang apabila kami menerima kiriman gambar dari pengunjung yang mengatakan mereka terkejut dengan tindakan pasaraya itu meletakkan simbol Yahudi di dalam hiasan Aidil Fitri pasaraya mereka.



Simbol yang sebenarnya dikenali oleh Star of David ini amat popular dengan komuniti zionis hingga ianya disemadikan di bendera Israel sehingga hari ini. Sejak kurin ke-17 lagi, ianya digunakan dengan panggilan "Shield of David" yang juga digunapakai dalam buku sembahyang Yahudi iaitu Siddur yang bertajuk God of Israel.

Mungkin pihak pasaraya ini mempunyai penjelasan sendiri mengapa hiasan tersebut digunakan yang mana sepatutnya memahami ianya adalah berkenaan Aidil Fitri dan simbol tersebut amat sensitif untuk rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam.

Ada kemungkinan juga mereka tersilap kerana menyangkakan ianya simbol bintang (Rub el Hizb) yang biasa digunakan dalam senibina Islam.

Via-OhMedia

15 Mercun Paling Legend Di Malaysia




Selamat Hari Raya!! Lambat lagi.. Hehe! Sebut pasal mercun, budak-budak kampung memang no #1 pasal ni. Budak-budak urban? iPad, iPod, Tablet, etc.. pom� dalam gadget je pun. 

Untuk pengetahuan, mercun boleh di definisikan sebagai alat yang digunakan untuk menghasilkan bunyi yang boleh membuat orang lain melatah kerana terkejut dengan bunyi mercun tersebut. Simple as that. Get it?


1. MERCUN PAPAN




Mercun papan ni agak femes masa dulu. Sekali bakar terus meletup bertubi-tubi.


2. MERCUN BOLA




Tengok bentuk dah tau kan ni jenis mercun apa? Ini adalah mercun bola kerana bentuknya yang bulat seperti bola. Mercun ni agak bahaya kerana banyak kes putus jari, putus halkum, etc disebabkan main mercun ni. Tak dapat nak salam Ibu Bapa raya nanti.


3. MERCUN TELUR




Yang ni adalah mercun telur. Bentuk mercun ni macam telur ayam bukan telur orang ok. Saiznya lebih kurang macam telur ayam (GRED kecik) yang korang beli di kedai runcit tu.


4. MERCUN MANCIS




Mercun ni berbentuk seperti mancis kayu tapi gemuk sikit dari mancis kayu. Mercun ni boleh guna untuk bom ikan di sungai.


5. MERCUN KETUPAT




Mercun ketupat, mercun ni tak boleh dimakan walaupun bentuknya seakan-akan ketupat. Kalau di makan nescaya meletup di perut.


6. MERCUN LEBAH




Mercun ni digelar mercun lebah kerana mercun ni kejar orang. Cara untuk melarikan diri dari mercun ni adalah jangan main mercun ni.


7. MERCUN NAGA




Mercun naga, mercun yang menghasilkan percikan api seakan-akan naga. Walaupun bunyinya tak kuat, tapi percikan apinya sangat bahaya. Kalau kena kulit boleh tinggal tulang jer, tak dapatlah nak beraya.


8. MERCUN ROKET




Mercun rocket adalah mercun yang sangat menarik untuk dimainkan. Ini kerana mercun ini mampu terbang tinggi berdasarkan sudut yang kita tentukan. Harga dulu 30 sen sebatang.


9. THUNDER CLAP




Meletup kuat di udara. Gile legend nih.


10. POP POP




Mercun yang paling selamat untuk dimainkan dan sesuai untuk kanak� riang serta gadis-gadis manja


11. MERCUN KATAK





Yang ni meletup sambil melompat lompat.


12. MERCUN DAS





Mengeluarkan banyak warna


13. MERCUN TARIK





Tarik tali kiri dan kanan pastu meletop.


14. MERCUN AYAM




15. MERIAM BULOH




Mengunakan elemen kabait + air liru + api + buloh. Bunyi dia memang memuaskan hati yang main meriam ni, tapi tidak memuaskan hati jiran jiran sebelah & juga akan mencederakan diri sendiri.



P/s : Sayangi diri anda. jangan main mercun. Sendiri kena, sendiri tanggungjawab ye.
Via-MediHub

 
biz.