Sep 5, 2015

Boikot Tahap Expert


Keluarkan semua duit dari HSBC dan tinggalkan barang seringgit dua dalam akaun.
.
Mereka (HSBC) akan habiskan duit untuk jaga maintainance akaun yang masih hidup walaupun tidak aktif.

Aug 4, 2014

Niat , Perlaksanaan & Kesan

Tidak semua yang kita fikir betul itu, betul.
.
Dan tidak semua yang kita fikir salah itu,salah
.


Kadang2 perkara yang asalnya harus,tetapi kerana kesannya memudaratkan ,ia menjadi haram.

Contohnya gali lubang.
.
Asalnya harus menggali lubang.
.
Tetapi kerana lubang yang kita gali sedalam 100 km itu boleh memudaratkan orang yang lalu lalang ,jadi hukummya boleh jatuh haram.
.
"Islam memudahkan ,bukan memayahkan"

Aug 3, 2014

50 Fakta Tentang Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu

50 Fakta Tentang Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu | Mari kita baca apa fakta yang menarik tentang lelaki nih, ada yang yang betul ada yang tak betul, mungkin. Selamat membaca.



1- Lelaki tidak mencari perempuan yang cun. Tapi mereka lebih suka perempuan yang kemas dan rapi.
2-Lelaki benci tengok lelaki lain mengurat.
3-Lelaki boleh suka seseorang awek dan kemudian lupa kat awek tu dalam masa 1 minit.
4-Bila lelaki kata dia tak faham, maksudnya anda tidak berfikiran seperti dia.
5-Apa kau sedang buat? �Atau� Kau sudah makan? �Adalah soalan pertama yang biasa seorang lelaki tanya dalam telefon untuk menghilangkan gagap.
6- Lelaki boleh mengurat sepanjang hari tetapi sebelum mereka pergi tidur, mereka sentiasa akan memikirkan tentang gadis yang mereka benar-benar sayangi.
7-Apabila seorang lelaki benar-benar suka kat anda, dia akan mengabaikan semua ciri-ciri yang buruk anda.
8-Lelaki suka gila dengan senyuman seorang gadis.
9-Lelaki akan berbuat apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis.
10-Lelaki benci bila anda bercakap tentang ex-bf anda.
11-Apabila lelaki mahu bertemu dengan ibu bapa anda. Biarkan mereka. �Tak akan berani punya
12-Banyak yang lelaki ingin bagitahu anda tapi tak dapat.
13-Lelaki menangis!!
14-Jangan cuba mencetuskan nafsu lelaki. Percayalah.
15-Lelaki jarang berangan dan berharap terlalu banyak.
16-Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah reject mereka, sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.
17-Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tiada patah balik lagi.
18-Memberikan seorang lelaki ayat gantung,akan menjadikan mereka membuat kesimpulan yang jauh dari apa yang anda fikir.
19-Lelaki suka bila perempuan menyentuh tangan mereka.
20-Lelaki biasanya tergagap-gagap apabila mereka bercakap dengan seorang gadis mereka sangat suka.
21-Lelaki tidak suka dengan gadis yang overreacting.
22-Lelaki lebih sayang anda daripada anda menyayangi mereka HANYA JIKA mereka serius dalam perhubungan.
23-Jika seorang lelaki mengatakan anda cantik, dia suka kat anda.
24-Anda boleh sentuh mereka tapi BUKAN rambut mereka!
25-Lelaki mendapatkan nasihat bukan dari lelaki tetapi dari perempuan.
26-Anda boleh mengatakan bahawa seorang lelaki itu baik jika anda melihat dia mengerjakan solat kadang-kadang.
27-Jika seorang lelaki tiba-tiba ajak anda keluar, tanya dia mengapa.(mesti tergagap2 dia nk jawap jika dia 1st date)
28-Seorang lelaki benar-benar sakit hati atau dalam kesakitan apabila dia menangis di hadapan anda!
29-Lelaki belajar dari pengalaman bukan dari buku-buku romantik macam yang perempuan buat.
30-Jika seorang lelaki sanggup melepaskan anda, dia benar-benar mencintai anda.(fakta nie betul)
31-Berhati-hati! Lelaki boleh membuat menaburkan gosip ke separuh daripada muka bumi lebih cepat daripada perempuan.
32-Kelemahan lelaki ialah di �atas� lutut.
33-Lelaki sangat terbuka tentang diri mereka.
34-Lelaki tidak peduli tentang bagaimana berkilatnya kasut mereka.
35-Apabila masalah timbul, seorang lelaki biasanya relax jer tetapi sudah memikirkan jalan keluar.
36-Seorang lelaki yang menjaga rupa paras tidak pandai membaiki apa-apa benda.
37-Apabila seorang lelaki kata dia tidak boleh tidur jika dia tidak mendengar suara anda walaupun hanya untuk satu malam, jangan percaya! Dia juga memberitahu kata benda yang sama kat perempuan lain.
38-Lelaki lebih senang hati apabila seorang gadis bersumpah.
39-Kebanyakan lelaki benci gay!
40-Gadis-gadis yang mandi dalam minyak wangi akan lebih menangkis daripada menarik lelaki.
41-Lelaki sayang ibu mereka.
42-Seorang lelaki mempunyai lebih banyak masalah daripada apa yang anda boleh lihat.
43-Lelaki lebih suka bercakap berbanding perempuan terutamanya apabila topik tentang perempuan.
44-Apabila seorang gadis mengatakan �tidak�, seorang lelaki mendengar sebagai �cuba lagi�.
45-Lelaki tidak dapat menerima kenyataan �Diamlah� dengan begitu baik.
46-Anda perlu memberitahu lelaki apa yang anda benar-benar mahu hingga dia benar-benar jelas.
47-Lelaki akan sanggup mengorbankan wang untuk makan tengahari hanya untuk mendapatkan beberapa bunga ros.
48-Lelaki mudah mengalah pada tanda pertama rejection.
49-Ia baik untuk menguji seorang lelaki terlebih dahulu sebelum anda mempercayainya. Tetapi jangan biarkan dia menunggu lama.
50-Jangan berat sebelah. Cuba mengasihi seorang lelaki dengan adil dan anda akan terkejut dengan kesetiaan mereka.(betul sangat nie)

Via-MalaysianNetworks

Mesti Baca !!! Cara Beli Kereta Tunai


Keperluan : Perlu kereta untuk kerja
Batasan : Nak kumpul duit cukup sampai tua tak beli kereta
Solusi biasa : Pinjam Bank
Harga Kereta : RM40,000 - D/P RM4000 - bulanan RM438.33 Interest : 3.5% Tempoh : 9 Tahun
Keuntungan Bank : RM11,339.64 (lebih tinggi jika buat ZERO d/p dan ini tidak termasuk jika selalu kena penalti bayaran lewat)
Documentation Pembelian : RM4000 (Bank, Agreement, Insurance, JPJ yang semua ini biasa car dealer tak benarkan kita buat sendiri kecuali menggunakan runner mereka dengan rate yang telah mereka tetapkan...kita sain jer, lepas tu kita juga kena bayar bulan-bulan).



Jumlah EXTRA yang perlu dibayar kerana buat loan : RM25,339.64

Kita nak buat begini

Harga kereta : RM40,000 (RM38,000 - biasa boleh nego kalau tunai)
Bayaran : RM38,000
Untung bank : ZERO

Masalah biasanya ialah susah orang nak tunggu kerana kereta sangat perlu untuk pergi dan balik kerja. Mari saya cadangkan satu cara yang pernah berjaya dibuat oleh mereka yang pernah datang meminta nasihat sebelum ini (kita panggil beliau "Najib" - fresh graduate yang bekerja dengan swasta).

Anda target untuk memiliki sebuah Perodua Myvi berharga RM40,000 atau yang setaranya.

Misi : Kumpul duit RM40,000
Tapi : Perlu kereta segera

Kumpul RM4,000 dan mula dari situ. Dengan RM4000 itu boleh bayar downpayment HUTANG kereta baru ATAU dengan RM4000 itu boleh dapatkan sebuah Perodua Kelisa / Kancil yang berusia lebih 12 tahun. Masa ini biasanya bank sudah tak bagi finance kereta seumur itu dan harganya akan drop serendah-rendahnya kerana sasaran hanya kepada pembeli tunai. RM4000 boleh dapatkan sebuah kereta Kancil yang sangat mungkin kosmetiknya kurang tapi kerosakannya mungkin kurang.

Najib pilih ikuti nasihat untuk beli sebuah Perodua Kancil EX660 yang masih berkeadaan baik dengan harga RM3500 (Sebenarnya Proton Wira pun boleh dapat harga begitu...cuba cari di Mudah.My dan pastikan kita tak silap pilih kereta bermasalah). Pilih model yang spare-part dan repair murah dan kalau lebih baik dapatkan kereta yang dalam kondisi terjaga. Sekarang, untuk tujuan pergi dan balik kerja sudah tercapai. Yang tak tercapai ialah tiap-tiap raya tak boleh nak eksyen dengan bekas gelfren kononnya nak tunjukkan "achievement". Tahap ni, kena sabar sikit kerana kawan-kawan sebaya termasuk junior sekolah pun dah mula tayang Honda City mereka (hutang) bayar tempoh maksimum.

TETAPI walaupun tiada komitmen bulanan, Najib dinasihatkan untuk membuat tabungan sebanyak RM450 sebulan di dalam pelaburan koperasi yang menguntungkan. Kalau beli kereta baru pun, RM450 juga akan bayar bulan-bulan...anggaplah macam beli kereta dengan loan cuma RM450 kita laburkan bukan bayarkan loan. Dalam kes ini, Najib saya sarankan untuk melabur dalam KPF (Koperasi Permodalan Felda) kerana beliau juga anak Peneroka. Untuk pengetahuan, KPF bayar dividen sangat tinggi juga (selain itu dengarnya Koperasi Angkatan Tentera juga tinggi pulangannya). Jika tidak, paling teruk pun boleh masukkan dalam ASB atau Tabung Haji dengan kadar dividen yang "not bad" lah...jangan simpan dalam akaun simpanan yang ada ATM dan kemudian susah nak disiplinkan diri. Boleh juga cari prospek pelaburan lain yang mungkin lebih baik seperti emas, unit amanah, bon dan lain-lain, cuba intai-intai perunding kewangan yang terbukti rekodnya (saya cadangkan perunding dari The Millionaire Sister Group)

RM450 x 89 bulan = RM40,050

Apabila disekalikan dengan dividen pelaburan, tempoh 89 bulan itu boleh dikurangkan sehingga 70 bulan ataupun pada tempoh yang sama boleh dapat sampai RM55k-60k

Untuk kes Najib, beliau dapat disiplinkan diri untuk menyimpan RM450 dan dilabur dalam prospek pelaburan yang cerdik. Bulan ke 70 sahaja, beliau dah ada RM40k (kira-kira 5 tahun lebih). Mari kita mula kira

Dalam simpanan : RM40,000
Harga Perodua Kancil lama : RM2000
Tempoh tahan sabar kerana tak macho : 70 bulan

Ok, asalnya beliau nak beli sebuah kereta MyVi baru RM40k kan? Tapi selepas beliau dah ada kuasa tunai, beliau dapat beli sebuah Honda CRV terpakai yang masih dalam kondisi "Nora Danish" (cun) dan mempunyai maintenance yang rendah serta trade-in value yang tinggi dengan apa yang beliau ada. Disebabkan pembelian secara tunai, sebuah kereta Honda CRV dengan harga buka RM55k boleh tawar sampai harga RM45,000.

Sekarang, Najib sedang mencarum semula dalam dana keretanya sebanyak RM600 sebulan. Dalam tempoh 7 tahun akan datang, Najib boleh memiliki sebuah Mercedes S320 terpakai dengan harga RM100k (harga beli baru RM800k). Ada cara lebih baik jika masih sabar, beli sahaja kereta pada nilaian RM20-30k dan selebihnya teruskan mencarum untuk pelaburan dan lebarkan prospek pelaburan yang ada. Macam orang tanam pokok yang dah berbuah, nak ambil buah jangan tebang pokok tu, trim sikit sudahlah...and let the money work for you.

Kita tak perlu jadi penganalisis ekonomi untuk jadikan kita bijak. Kita cuma perlu BERPUASA sedikit. 7 tahun sahaja orang rasa tak cool bawa kereta cabuk. Lepas 7 tahun...kawan yang pakai Hondai City tu masih terkial-kial bayar bulanan. Awak dah bawa kereta lebih tinggi statusnya secara TUNAI.

Boleh cuba sekarang. Saya tahu kerana saya pernah jadi orang bodoh yang rakus mahukan impresi orang dengan kereta baru yang HUTANG dan dari situ saya belajar...untuk BERPUASA dan beli kereta bukan untuk tayang pada orang lalu saya mampu bebas dari hutang kereta. Saya juga pernah berkata, kenapalah aku bodoh sangat kerana tidak tahu perkara ini dari zaman muda dahulu lagi.

Jaguar S-Type (muka jongos) pada zaman kegemilangannya pada tahun 2001 dahulu berharga sekitar RM800k dan hanya RM50k pada hari ini. Orang tetap lihat...itu ialah Jaguar. Bawa Jaguar baru RM800k dan Jaguar terpakai RM50k jenamanya tetap sama. Pak Bilal yang taknak kahwinkan anaknya kepada kamu kerana kamu pakai Kancil 660 pun tak tahu beza harga Jaguar baru dan 2nd hand pun.

Beli kereta untuk keperluan...jangan bayar lebih untuk puaskan hati sendiri dengan sakitkan mata dan hati orang lain yang melihat. Lagi satu, orang kata kalau beli kereta tunai nanti income tax cari...jangan takut pasal perkara ini jika anda bukan jenis orang lari dari cukai. Cukai hanya kutip berdasarkan pendapatan kita dan bukan kerana kita beli kereta tunai.

Sekian tips kewangan dari kisah sendiri. Ini SEKADAR TIPS dari saya dan saya pasti ada ribuan tips lain yang lebih baik. ALASAN TETAP ADA UNTUK TIDAK MELAKUKANNYA DAN ITU SEMUA PILIHAN ANDA. Tidak ada paksaan dan satu statement mengatakan apa yang saya tips kan ini satu ketetapan negara...maka, tak perlu beri alasan sangat kepada saya. Saya tak perlu pun dengar alasan untuk mengubah apa yang telah berjaya dilakukan (past-tense dah)

Selamat mencuba.

Sila share supaya anda dibenci oleh bank-bank. Takpe biar bank benci anda tak mengapa, jika kereta anda rosak...bukan bank datang tolong pun.

SAIFUL NANG
Street Learner

* Pengiraan di atas bukan figure tepat tetapi sekadar anggaran untuk menunjukkan idea merancang kewangan sahaja. Harap tiada yang mempersoalkan matematiknya

72 Keluarga Dikesan Hidap Virus Aids di Melaka

Sebanyak 72 keluarga terdiri daripada penagih dadah dan anggota keluarga mereka dikesan menghidapi virus Aids di Melaka.

Exco Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan negeri Datuk Latipah Omar berkata daripada jumlah itu, 299 orang adalah Orang Kena Pengawasan (OKP) yang mendaftarkan diri secara sukarela dengan Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Melaka.




"Mengikut rekod kira-kira 75 peratus daripadanya merupakan penagih dadah tegar manakala 15 peratus pula adalah mangsa terdiri daripada anak serta isteri yang dijangkiti melalui penagih dadah berkenaan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbukanya sempena Aidifitri di sini, hari ini.

Beliau berkata angka tersebut dikhuatiri lebih berikutan bilangan sebenar pembawa virus Aids dalam kalangan penagih dadah serta anggota keluarga mereka sukar dikesan.

Bagaimanapun, katanya kerajaan negeri bersama Pemadam Melaka sedang berusaha mengesan bilangan sebenar penghidap virus berkenaan untuk diberi bantuan dan sokongan. 

Latipah berkata, antara usaha yang dilaksanakan termasuk pendekatan turun padang dengan memberi kesedaran kepada penagih dan bekas penagih mengawal pengambilan dadah melalui pelaksanaan rawatan methadone.

Beliau berkata Pemadam dan Agensi Antidadah Kebangsaan Melaka juga sedang mengumpul maklumat dan data sebenar penghidap HIV/Aids yang lain daripada kumpulan OKP yang berdaftar.

Katanya, sehingga hari ini sebanyak 2,992 OKP berdaftar dengan Pemadam Melaka dan kerajaan negeri sedang mengumpul maklumat mengenai anggota keluarga mereka yang berkemungkinan dijangkiti virus tersebut.

"Kerajaan negeri sentiasa bersikap terbuka menerima golongan penghidap virus tersebut dan tidak pernah menyisihkan mereka kerana sebahagian daripadanya adalah mangsa," katanya.

Sehubungan itu, katanya penghidap HIV/Aids dalam kalangan penagih dadah dan anggota keluarga mereka dinasihat menghubungi pihaknya bagi mendapatkan rawatan serta bantuan lain. 

Via - Sinar

Remaja 15 tahun Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati ???


Berlaku di Kota Tinggi, Seorang remaja berusia 15 tahun berdepan hukuman gantung sampai mati apabila didakwa di Mahkamah Majistret, Kota Tinggi, Johor hari ini atas tuduhan membunuh.

Remaja terbabit didakwa membunuh jirannya sendiri, Jariah Abu Bakar, 62, pada 22 Julai lalu.

Berdasarkan pertuduhan, remaja terbabit didakwa membunuh warga emas terbabit di rumah mangsa di No. 1213, Blok 9, Felda Lok Heng barat, Kota Tinggi pada pukul 12.05 tengahari.



Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong
Pendaftar Mahkamah Sesyen Kota Tinggi Hairul Azhar Muhamad.

Hairul kemudian menetapkan 8 September ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Natassa Zaini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 22 Julai lalu ia dilaporkan bahawa Jariah ditemui mati dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumahnya oleh anaknya yang baru pulang dari Kuala Lumpur untuk bercuti raya.

Mangsa merupakan ibu tunggal yang tinggal bersendirian dan mempunyai tiga orang anak.

Via-Awani

Jul 30, 2014

Gempar!!! Bolehke Ber'selfie' Di Tanah Perkuburan?

Trend ber'selfie' sudah agak keterlaluan. Sampaikan ada yang ber�selfie� di atas kubur & pijak kubur. Nak share pic pun tak lalu. Elok dipijak je budak yang berselfie di tanah perkuburan itu.


Menziarahi kubur itu jangan dijadikan sebagai satu pesta pada setiap hari raya. Perlu ziarah pada bila-bila masa. Tujuan ke sana agar mengingatkan satu hari nanti kita pun akan dikuburkn juga. Ziarah kubur juga membuat kita insaf bahawa mati itu benar dan bila-bila saja Allah akan menjemput kita. Semoga kita bertambah mendekatkan diri dengan Allah dan bukan suka suki nak berselfie tanpa menghormati orang yang di dalam kubur itu. Nauzubillah.

Sepatutnya ke kubur untuk ingat mati:


Rasulullahshallallahu �alaihi wa sallam bersabda,


?????? ???????????? ???? ????????? ?????????? ????? ???????????? ????????? ??????? ?????????? ?????????? ?????????? ??????????? ??????????? ????? ????????? ???????


�Dahulu aku melarang kalian untuk berziarah kubur, sekarang berziarahlah karena ziarah dapat melembutkan hati, membuat air mata menetes, dan mengingatkan akhirat. Dan janganlah kalian mengucapkan al hujr

HR. Al Hakim (1/376), dinilai hasan oleh Syaikh Al Albani dalam Ahkaamul Janaa-izhal. 229

Moral:

Usah terlalu ghairah ber�selfie�, dikhuatiri anda bakal mendedahkan keaiban diri anda untuk tatapan seluruh manusia.

Via-MMH

Jul 25, 2014

Punca Kereta Audi Milik Fizo Omar dan Mawar Kemalangan...

Seorang pembaca bernama �Mel� yang telah mengirim beberapa keping foto sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.



Menurut Mel, kereta berwarna biru jenis Audi itu milik pelakon popular Fizo Omar dan isterinya Mawar remuk teruk akibat kemalangan jalan raya di Kuala Krai, Kelantan, semalam (Khamis).


Kata Mel lagi, sungguhpun Fizo ada membuat kenyataan di laman peribadi tentang kemalangan tersebut, namun ada pengikut di laman sosial memberitahu kenderaan jenis Audi itu dipandu laju dan dalam keadaan berbahaya.

Menerusi komen yang dimuat naik peminat tersebut, dia mendakwa melihat kenderaan tersebut dipandu laju dan memotong secara merbahaya.

Sementara Fizo pula pula laman Twitternya mengesahkan bahawa dia dan isterinya tidak menaiki kenderaan tersebut dan telah selamat tiba di Kota Bharu. 

Sebaliknya penumpang kereta tersebut adalah pembantu peribadi, kakak serta ibunya sahaja yang berada di dalam kenderaan tersebut dan kesemua mereka berada dalam keadaan selamat.


Via-astroGempak

Pedoman!!! Jenazah Dibelit Ular.... Apakah dosa-dosanya ???


Ya Allah , apakah dosa si mati sehingga diberi pembalasan sedemikian rupa ? Sungguh sedih melihat nasibnya si mati apabila sang ular sudah bersedia untuk melakukan tugasnya sebelum lagi ditanamkan . Namun , itulah habuan untuk mereka yang tidak mengikuti perintah Allah . Allahurabbi , Mari kita tengok gambar tersebut.


Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, si mati tersebut suka melewat lewatkan solatnya.

Sedikit bacaan bukan sekadar renungan , tapi harus diambil tindakan :


Tiga jenis siksa di dalam kubur yaitu:

1. Kuburnya akan berhimpit-himpit serapat mungkin sehingga meremukkan tulang-tulang dada.

2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.

3.Akan muncul seekor ular yang bernama �Sujaul Aqra� Ia akan berkata, kepada si mati dengan suaranya bagai halilintar: �Aku disuruh oleh Allah memukulmu sebab meninggalkan sholat dari Subuh hingga Dhuhur, kemudian dari Dhuhur ke Asar, dari Asar ke Maghrib dan dari Maghrib ke Isya� hingga Subuh�. Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dibenturkan hingga terjungkal ke perut bumi karena meninggalkan Sholat Dhuhur. Kemudian dipukul lagi karena meninggalkan Sholat Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isya� hingga ke waktu Subuh lagi. Demikianlah seterusnya siksaan oleh�Sajaul Aqra� hingga hari Qiamat.

�orang yang meninggalkan sholat, akan Allah hantarkan kepadanya seekor ular besar bernama �Suja�ul Akra�, yang matanya memancarkan api, mempunyai tangan dan berkuku besi, dengan membawa alat pemukul dari besi berat�.

P/s :Makluman semua gambar itu sebenarnya hanyalah sebahagian dari babak lakonan dari drama Tanah Kubur siri 45 yang dilakonkan oleh Nasir Bilal Khan melalui ASTRO OASIS. Semoga timbul rasa gerun dan takut pada azab Allah SWT atas dosa yang telah kita lakukan. Ayuh kembali kepadaNYA. Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah.

** SHARE JIKA BERMANFAAT**

Perdana Menteri Ukraine Umum Letak Jawatan

Perdana Menteri Ukraine, Arseniy Yatsenyuk meletak jawatan, malam tadi, selepas kerajaan gabungannya runtuh sekali gus menjadikan negara itu terus bergelut dengan ketidaktentuan politik.

Pengumuman mengejut itu menambah kekalutan negara berkenaan ketika wilayah timurnya kini bergolak selepas dikuasai pemberontak dan pakar antarabangsa pula menjalankan siasatan berhubung nahas pesawat MH17 yang ditembak jatuh minggu lalu.



Mengumumkan pengundurannya, Yatsenyuk berkata, beliau mengambil tindakan itu berhubung isu 'pembubaran gabungan di Parlimen dan sekatan terhadap inisiatif kerajaan'.

Sebelum itu beberapa parti meninggalkan gabungan yang membentuk kerajaan Ukraine.

Perkembangan itu membuka jalan kepada Presiden Petro Poroshenko untuk mengadakan pilihan raya awal dalam tempoh 30 hari.

Walaupun gencatan senjata diumum kerajaan dan pemberontak di lokasi pesawat MH17 terhempas berkuatkuasa serta-merta, pengeboman terus berlanjutan di kawasan berhampiran, termasuk di Donetsk yang terletak hanya 60 kilometer dari tempat kejadian.

Tentera Ukraine melaporkan empat anggota mereka terbunuh dalam tempoh 24 jam dalam gerakan menguasai semula kawasan perindustrian di timur negara itu daripada penguasaan pemberontak pro-Rusia.

Via-SH

 
biz.