Jul 21, 2014

Gempar!!! Simbol Yahudi Sebagai Hiasan Di Megamal Pacific, Penang???


Di musim perayaan ini, rata-rata pasaraya di Malaysia mula untuk menghiasi ruang legar pasaraya mereka dengan hiasan sempena sambutan Aidil Fitri buat semua yang beragama Islam di negara ini. Lain pula ceritanya di Megamal Pacific, Perai Penang apabila kami menerima kiriman gambar dari pengunjung yang mengatakan mereka terkejut dengan tindakan pasaraya itu meletakkan simbol Yahudi di dalam hiasan Aidil Fitri pasaraya mereka.



Simbol yang sebenarnya dikenali oleh Star of David ini amat popular dengan komuniti zionis hingga ianya disemadikan di bendera Israel sehingga hari ini. Sejak kurin ke-17 lagi, ianya digunakan dengan panggilan "Shield of David" yang juga digunapakai dalam buku sembahyang Yahudi iaitu Siddur yang bertajuk God of Israel.

Mungkin pihak pasaraya ini mempunyai penjelasan sendiri mengapa hiasan tersebut digunakan yang mana sepatutnya memahami ianya adalah berkenaan Aidil Fitri dan simbol tersebut amat sensitif untuk rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam.

Ada kemungkinan juga mereka tersilap kerana menyangkakan ianya simbol bintang (Rub el Hizb) yang biasa digunakan dalam senibina Islam.

Via-OhMedia

Unknown

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

 
biz.