Jul 23, 2014

Tembakan ke Atas #MH17 Mungkin Suatu Kesilapan - Pegawai Risikan US


Tembakan ke atas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 mungkin hanyalah suatu kesilapan oleh puak pemisah pro-Rusia yang kurang terlatih.

Demikian menurut pegawai risikan Amerika Syarikat (AS) yang turut menyatakan bahawa penglibatan Rusia dalam nahas terbabit hanyalah sebuah propaganda.

Seorang perisik senior berkata, bukti- bukti yang dikumpul jelas menunjukkan MH17 telah ditembak jatuh dengan menggunakan peluru berpandu dari permukaan bumi ke udara jenis SA-11, namun tidak pasti siapa yang menembaknya dan kenapa.


�Penjelasan yang paling munasabah... bahawa ia adalah satu kesilapan," katanya kepada AFP yang turut berkata bahawa ia dilancarkan oleh seseorang yang kurang terlatih untuk mengendalikan sejenis sistem yang memerlukan skil serta latihan.

Beliau turut mengambil contoh beberapa insiden pesawat yang telah ditembak jatuh dalam beberapa tahun kebelakangan ini oleh Rusia dan Amerika Syarikat.

Satelit AS dan beberapa perisik �teknikal� mengesahkan pesawat yang membawa 298 orang itu telah ditembak oleh peluru berpandu SA-11 dari permukaan bumi ke udara dari satu kawasan yang dikawan oleh pemberontak pro-Rusia.

�Ia adalah jelas bahawa peluru itu ditembak dari timur Ukraine di bawah bantuan Rusia,� tambah pegawai terbabit lagi.

�Dua perkara yang kita tidak tahu ialah siapa yang menembaknya. Kita tiada nama, pangkat mahupun kerakyatan serta kenapa dia menembak pesawa itu.� ujarnya.

Sesiapa yang memembak peluru itu bergantung kepada radar tunggal yang merupakan sebahagian daripada bateri peluru terbabit dan bukan dari sebuah rangkaian yang lebih besar yang mampu memberikan gambaran lebih jelas mengenai lalu lintas di udara, katanya.

Via-Awani

Unknown

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

 
biz.