Aug 3, 2014

Remaja 15 tahun Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati ???


Berlaku di Kota Tinggi, Seorang remaja berusia 15 tahun berdepan hukuman gantung sampai mati apabila didakwa di Mahkamah Majistret, Kota Tinggi, Johor hari ini atas tuduhan membunuh.

Remaja terbabit didakwa membunuh jirannya sendiri, Jariah Abu Bakar, 62, pada 22 Julai lalu.

Berdasarkan pertuduhan, remaja terbabit didakwa membunuh warga emas terbabit di rumah mangsa di No. 1213, Blok 9, Felda Lok Heng barat, Kota Tinggi pada pukul 12.05 tengahari.



Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong
Pendaftar Mahkamah Sesyen Kota Tinggi Hairul Azhar Muhamad.

Hairul kemudian menetapkan 8 September ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu keputusan bedah siasat.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwaraya, Natassa Zaini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pada 22 Julai lalu ia dilaporkan bahawa Jariah ditemui mati dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumahnya oleh anaknya yang baru pulang dari Kuala Lumpur untuk bercuti raya.

Mangsa merupakan ibu tunggal yang tinggal bersendirian dan mempunyai tiga orang anak.

Via-Awani

Unknown

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

 
biz.