Jul 19, 2014

Abang Hilang MH370,Kali Ini Adik Pula Hilang MH17


Sedih dan sebak ikuti laporannya dibawah :

Seorang wanita warga Australia yang sebelum ini kehilangan abangnya dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 lebih empat bulan lalu, dilaporkan turut kehilangan anak tirinya dalam nahas terbaharu melibatkan pesawat MAS, MH17.

Menurut portal Daily Mail, abang kepada Kaylene Mann iaitu Rod Burrows dan kakak iparnya, Mary Burrow merupakan antara penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang pada Mac lalu.

Namun, hari ini, wanita itu mendapat tahu anak perempuan tirinya, Maree Rizk, pula merupakan antara 298 penumpang yang terbunuh dalam nahas pesawat MAS MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, semalam.

"Pesawat itu membawa semua orang pergi selama-lamanya dan kejadian ini telah merentap hati kami sekali lagi,?? kata abang kepada Mann, Greg Burrows.

Walaupun terpaksa berdepan dengan dua tragedi dalam masa terdekat, Burrow berkata, beliau tidak menyimpan dendam terhadap MAS.

"Tiada siapa boleh meramalkan pesawat itu akan ditembak jatuh. Perkara itu di luar kawalan kita," ujarnya. 

Via - AGENSI


Unknown

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

 
biz.