Jul 20, 2014

#MH17 Puak Pemisah Rampas 196 Mayat Mangsa Nahas

Ukraine: Seorang jurucakap perkhidmatan kecemasan Ukraine berkata puak pemisah mengambil semua 196 mayat yang ditemui petugas di tapak pesawat MH17 Malaysia Airlines terhempas. 



Wartawan Associated Press (AP) melihat puak pemisah mengangkat mayat yang diletakkan dalam beg itu ke atas trak dan membawa pergi. 

Hari ini, wartawan AP tidak lagi dapat melihat sebarang mayat di lokasi pesawat terhempas.

Jurucakap Ukraine, Nataliya Bystro, berkata pertugas kecemasan bekerja dalam keadaan tertekan dan terpaksa memberikan mayat berkenaan kepada puak pemisah yang bersenjata. 

Katanya, kerajaan tidak tahu ke mana mayat berkenaan dibawa.

Via - AP | MediaHub

Unknown

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

 
biz.