Jul 20, 2014

Pengorbanan PM Tidak Tidur Malam Selepas Insiden #MH17

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu beliau tidak dapat tidur malam ekoran nahas mengejutkan melibatkan pesawat Malaysia MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.

Beliau terpaksa menghubungi pemimpun dunia ekoran nahas melibatkan kapal terbang Malaysia Airlines (MAS) itu.

�Ini dua malam berturut-turut tidak tidur malam. Sebab apa? Sebab saya dihubungi pemimpim dunia dan pihak-pihak lain,� katanya yang kelihatan lesu dalam sebuah acara berbuka puasa di Kuala Lumpur sebentar tadi.


Menurutnya, beliau menyatakan pendiriannya kepada pihak terbabit supaya mangsa dibawa keluar daripada tapak nahas dalam masa terdekat.

�Kita tak boleh biarkan keadaan di mana mereka boleh dibawa sesiapa sahaja, (atau) diletak di tempat yang kita tidak ketahui,� katanya.

Selepas pesawat Boeing 777-200 itu ditembak jatuh pada Khamis, Ukraine dan Amerika Syarikat mendakwa ia ditembak oleh peluru berpandu.


Kelihatan sayu dan sedih di wajah Perdana Menteri kita. Beliau selalunya memberi kata-kata semangat kepada waris mangsa. Hanya Allah sahaja yang tau perasaan beliau waktu ini. Sama-sama kita beri semangat kepada beliau yang juga kehilangan saudara terdekat. Ya Allah kau berikan kekuatan kepada Perdana Menteri kami serta waris MH17.

Via-MalaysiaKini

Unknown

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

 
biz.