Jul 18, 2014

Terkini!!! Pesawat MH17 Malaysia Airlines Terhempas Di Ukraine Sempadan Rusia

Ya allah, betulke Pesawat tersebut terhempas... Sejauh manakah kebenarannya. Tidak habis lagi dengan MH370 terbaru pula mengenai pesawat MH17 yang dilaporkan terhempas di Ukraine. Jom ikuti laporannya dibawah :

Media barat melaporkan sebuah pesawat penumpang Malaysia yang dinaiki 295 orang terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.



Memetik laporan Reuters, perkara itu mula dilaporkan agensi berita Interfax yang memetik sumber industri penerbangan.

Laporan itu berkata, pesawat Boeing berkenaan berlepas dari Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur.

Reuters bagaimanapun tidak dapat mengesahkan laporan Interfax itu lagi.


Sementara itu, syarikat penerbangan MAS dalam satu kenyataan ringkasnya mengesahkan pihaknya telah terputus hubungan dengan MH17 yang dalam penerbangan dari Amsterdam.

"Kedudukannya yang terakhir dilaporkan berada di ruang udara Ukraine.


"Maklumat lanjut akan menyusul," kenyataan itu dipetik.

Ikuti video dibawah yang mana dirakamkan oleh orang awam kepulan asap dipercayai pesawat tersebut yang terhempas.




Via-Sinar

P/s : Kalau betulla...Doakan selamat. Artikel akan diupdate dan menyusul.

KIEV: Seramai 280 penumpang, 15 kru maut selepas pesawat ditembak jatuh di Ukraine, kata Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine yang dipetik Interfax, agensi berita negara itu.

Unknown

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

 
biz.