Jul 19, 2014

#MH17 Sepupu Hattan Dora Shahila Kassim Merupakan Anak Kapal Pesawat MH17

Sepupu penyanyi Datuk Mohd Shukri Sahabuddin atau Hattan adalah antara mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di Ukraine Khamis malam.

Beliau berkata sepupunya Dora Shahila Kassim merupakan anak kapal yang bertugas dalam pesawat itu.

Ditemui pemberita selepas majlis taklimat untuk waris mangsa di sebuah hotel di sini Jumaat, beliau berkata beliau terkejut ketika menerima berita mengenai nahas pesawat Boeing 777 itu melalui aplikasi Whatsapps daripada isterinya Arianie Mohd Abidin.



"Isteri saya ialah bekas kru kabin dan sesetengah rakannya menghantar SMS dan Whatsapp kepadanya (mengenai nahas).

"Kemudian saya mendapatkan kepastian daripada Internet dan laporan berita. Saya dan isteri amat terkejut sehingga tidak tahu nak kata apa," katanya.

Hattan berkata turut terbabit dalam nahas ialah saudara terdekatnya Sherliza Zaini, 45, yang menaiki pesawat bersama suami dan tiga orang anak mereka.

Mereka sepatutnya ke Melbourne, Australia selepas transit di Kuala Lumpur.

Pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal itu sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Ukraine.

Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) pada Khamis dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang pada pukul 6.10 pagi Jumaat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal hari ini berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu telah ditembak.

Via-Awani

Unknown

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

 
biz.