Jul 17, 2014

Gempar!!! Dua Remaja Curi 8 Tabung Masjid

Kejadian mencuri memang tidak asing dan sudah muak rasanya didengar didada akhbar mahupon televisyen. Terbaru 8 tabung masjid telah dicuri. Jom ikuti laporannya dibawah :

Kariah Masjid Al-Khauthar, Umbai, di sini, dikejutkan dengan kecurian lapan tabung milik masjid itu oleh dua remaja lelaki awal pagi tadi.

Dalam kejadian 2.30 pagi, dua remaja lelaki itu dipercayai menggunakan laluan belakang masjid dengan meletakkan motosikal berhampiran Tanah Perkuburan Islam Umbai sebelum masuk melalui ke ruangan solat wanita dan mengumpil pintu jeriji. 


Kejadian itu disedari jemaah yang datang ke masjid berkenaan untuk menunaikan solat subuh dan sebelum ini memang pernah ada kejadian kecurian seperti ini dan pihak masjid sepakat memasang sistem kamera litar tertutup (CCTV) bagi tujuan keselamatan. 

Berdasarkan rakaman CCTV dapati dua remaja lelaki mengambil masa selama satu jam untuk melarikan wang daripada tabung tabung masjid.

Sementara itu, Ketua Polis Jasin Deputi Superintendan Muhd Nur Hishamuddin Hashim mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan menerusi CCTV yang diserahkan oleh jawatankuasa masjid.

Via-Mymetro

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda, jika sabit kesalahan.

P/s : Bulan ramadhan ini kita tambah pahala bukan kurangkan pahala..sedihnya remaja-remaja zaman sekarang.

Unknown

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

 
biz.