Jul 19, 2014

#MH17 Keluarga Mangsa di Amsterdam Terima Bayaran Awal RM15,900

Malaysia Airlines (MAS) dilaporkan akan membuat bayaran tunai sebanyak AS$5,000 (RM15,900) untuk setiap penumpang MH17 bagi menampung perbelanjaan awal kepada waris dan ahli keluarga yang menunggu berita seterusnya di sebuah hotel di Amsterdam. 


Naib Presiden MAS Eropah, Huib Gorter berkata MAS juga bercadang untuk membawa keluarga penumpang pergi ke lokasi kemalangan di timur Ukraine.

"Kami sedang berusaha untuk melihat sama ada ia boleh dilaksanakan," beliau dipetik sebagai berkata olehReuters.

MH17 hilang dari skrin radar di timur Ukraine kira-kira 1415 GMT pada Khamis, beberapa jam selepas Boeing 777 berlepas ke Kuala Lumpur dari lapangan terbang Schiphol Amsterdam.

Ia dipercayai secara tidak sengaja telah ditembak jatuh 50km dari sempadan Ukraine-Rusia.

Semua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 43 rakyat Malaysia, dipercayai telah terkorban.

Via-Antarapos

Unknown

Author & Editor

Has laoreet percipitur ad. Vide interesset in mei, no his legimus verterem. Et nostrum imperdiet appellantur usu, mnesarchum referrentur id vim.

0 comments:

 
biz.